Categories
NASIONAL

JPJ: Ibu bapa diingat tidak mudah benarkan anak memandu tanpa lesen ke sekolah

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OGOS:  Ibu bapa diingatkan memantau anak-anak supaya tidak sewenang-wenangnya membiarkan mereka yang tidak memiliki lesen memandu menjadikan motosikal sebagai kenderaan ke sekolah.

Ia ekoran kemalangan motosikal di kalangan pelajar sekolah sering berlaku, tetapi ibu bapa masih tidak endahkan keselamatan terhadap anak-anak.

pelajarJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kebanyakannya ibu bapa sanggup memberikan motosikal milik keluarga kepada anak-anak untuk digunakan ke sekolah atau kemana saja.

Ini berlaku kerana mereka enggan menghantar anak-anak sendiri ke sekolah atas alasan sibuk dan sebagainya.

“Jangan berkira soal kewangan untuk membolehkan anak-anak mempunyai lesen memandu apabila layak mengikut umur yang dibenarkan JPJ.

“Purata pelajar yang berusia antara 13 hingga 17 di negara ini didapati menggunakan motosikal tanpa lesen untuk ke sekolah setiap hari.

JPJ“Di mana mereka lebih terdedah kepada kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau cacat anggota seumur hidup,” kata JPJ dipetik dari laman Facebook.

JPJ berkata, mempunyai lesen adalah penting kerana pengguna jalan raya yang mempunyai lesen memandu akan dilindungi oleh insurans jika berlaku sebarang kemalangan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.