Categories
SELANGOR

Kaedah nilai cukai bantu kesimbangan kutipan MBPJ

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Bandaraya Paling Jaya (MBPJ) akan memperkenalkan kaedah nilai cukai bagi meningkatkan keberkesanan perancangan pembangunan dan proses perancangan belanjawan di wilayah itu.

Datuk Bandarnya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata MBPJ akan menyediakan satu pangkalan data merangkumi semua jenis perbelanjaan dan ramalan kutipan nilai cukai melalui projek pembangunan yang sudah diluluskan.

Katanya, usaha itu diambil memandangkan cukai sedia ada tidak seimbang, yang mana kutipan cukai lebih tinggi daripada kuantiti servis ditawarkan.

ALINAH“Ini menunjukkan bahawa sama ada perbelanjaan bertambah disebabkan infrastruktur perlu dinaiktaraf, nilai cukai kekal atauberkurangan disebabkan potensi nilai masih belum direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata, nilai cukai adalah kutipan hasil daripada sumber cukai yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas pemilik hartanah berlandaskan Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan.

Katanya, dalam kajian awal yang dilakukan MBPJ mendapati nilai cukai per ekar sehingga 30 Jun 2013 bagi agensi itu adalah RM8,524 dan nilai cukai per unit pegangan adalah RM926.94.

Alinah berkata, daripada segi lokasi geografi nilai cukai di kawasan SS adalah 28 peratus lebih tinggi daripada kawasan PJU, manakala hampir 44 peratus daripada nilai cukai majlis adalah berpunca daripada guna tanah komersial.

“Satu perkara yang menarik adalah nilai cukai seunit bagi pangsapuri servis adalah 35 peratus lebih tinggi daripada kediaman bertingkat.

cukai pintu 1“Daripada segi perbelanjaan per ekar bagi servis asas bandar pula, 15 kawasan kejiranan atau 23 peratus mendapat peruntukan melebihi RM100,000 seekar iaitu 31 peratus lebih tinggi daripada purata perbelanjaan bagi seluruh kawasan majlis.

“Data itu bukan lagi eksklusif menggambarkan senario yang tepat, namun kejituannya adalah memadai demi memberi satu gambaran indikatif ke atas perbelanjaan yang diperuntukkan dan diberikan MBPJ kepada setiap kawasan kejiranan dalam bidang perkhidmatan ‘back to basic’ seperti yang dikehendaki Kerajaan Negeri.

“Seiring itu, saya berpandangan angka indikatif awalan ini menunjukkan bahawa majlis mempunyai satu peluang yang besar bagi meninjau kadar baru cukai yang lebih menggambarkan senario semasa dan saksama,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.