Categories
NASIONAL

Tun M kritik pemimpin kanan Umno bodek Najib

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 OGOS: Hujah beberapa pemimpin kanan Umno yang menyanggah teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan mantan Perdana Menteri itu, sebaliknya didakwa lebih kepada cubaan membodek.

Penulis blog politik, Shahbudin Husin, berkata kebanyakan mereka mempersoalkan mengapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba mengampu Najib tanpa menjawab intipati teguran yang dibangkitkan.

Beliau berkata, kebanyakan teguran yang dibangkitkan Mahathir adalah disebabkan dasar, pendekatan serta perbuatan kerajaan pimpinan Najib merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.

www.kualalumpurpost.net_wp-content_uploads_2013_05_najib-mahathir“Sekali lagi, baik Zahid Hamidi, Tengku Adnan, Shahidan Kassim atau Hishammuddin Hussein, mereka hanya cuba mempertahankan Najib dan mempertikaikan tindakan Mahathir yang membuat teguran terbuka dengan diselitkan elemen mengampu tanpa cuba menjawab isu dibangkitkan.

“Bagaimanapun, dalam semua kenyataan pemimpin Umno setakat ini, kenyataan Hishammuddin paling menarik kerana menunjukkan betapa tingginya tahap keghairahan beliau untuk mengampu dan membodek Najib,” katanya di blog.

Terdahulu, Mahathir membangkitkan sikap Najib seperti terlalu merendah diri kepada negara jiran, menggunakan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan rakyat, mengabaikan industri tempatan dan menaikkan gaji minimum tanpa mengambil kira kenaikan kos.

812shahbudin_new-buku_penulisSelain kesal kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada keputusan buruk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, Mahathir juga kecewa kerana Perdana Menteri ke-6 itu terlalu lembut, tiada respon, senyap dan tidak bertindak walaupun berhadapan masalah.

Mengulas lanjut, Shahbudin berkata, jika Najib dikatakan lebih hebat daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana berjaya membuat rundingan berhubung tragedi MH17, maka beliau adalah ‘pemimpin nombor satu dunia’ di saat Malaysia mempunyai kadar hutang yang kian meningkat tahun demi tahun.

Katanya, ia juga bermakna satu kejayaan buat Umno yang tiada tolok bandingnya hingga mampu melahirkan pemimpin sehebat Najib.

“Maka kempen Umno supaya diterima rakyat selepas ini hanya dengan mengagung-agungkan Najib sebagai pemimpin nombor satu dunia yang lebih hebat daripada Obama dan Putin sahaja, tidak perlu yang lainlagi.

zahid hisham“Akhirnya, melalui puji-pujian dan kekaguman terhadap Najib itu, berbondong-bondonglah rakyat, tua, muda, bandar, luar bandar, petani, nelayan dan profesional kembali menyokong Umno dan terus relevanlah parti itu untuk tempoh beberapa puluh tahun lagi.

“Umno juga boleh mengabaikan terus segala teguran Mahathir selepas ini kerana jawapan untuk memastikan Umno terus relevan, diterima rakyat dan menang pilihan raya sudah berjaya dijelmakan Hishammuddin,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.