Categories
SELANGOR

KDEB wujud ‘Halal International Selangor’ pacu industri Halal

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 OGOS : Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB), ahli Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), telah menubuhkan bahagian “Halal International Selangor” (HIS) bagi perkhidmatan Jaminan Penyampaian Halal Thoyyiban kepada firma, individu, usahawan dan pelabur dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Operasi HIS, Fe Jazzareen Mor Japar Khan berkata, HIS ditubuhkan sebagai penggerak utama dalam sosioekonomi Industri dan Perdagangan Global Halalan Thoyyiban dengan pergabungan “Fardu Ain” dan “Fardu Kifayah”.

fe jazzareenBeliau berkata, HIS menumpukan dalam 10 bidang utama, iaitu Hartanah, Jaminan Penghantaran, Pembangunan Pasaran, Rantaian Pengedaran, Pembangunan Keupayaan, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Industri, Pelesenan dan Royalti, Pendanaan dan Kewangan dan Gaya Hidup.

“HIS bersedia menjadi rakan kongsi kepada firma, usahawan dan pelabur bagi memudahkan memasuki industri halal di Selangor atau Malaysia.

“Dengan memberi perkhidmatan komprehensif dan standard Perkhidmatan Jaminan  Penyampaian Halalan Thoyyiban yang tertinggi,” kata beliau.

Sasaran sektor HIS tertumpukan kepada sektor jaminan penghantaran dalam logistik, sektor kritikal halal, terutamanya bahan pertumbuhan tinggi berpotensi, seperti gelatin, kolagen dan bahan pengawetan.

Menurut beliau, sektor nilai tinggi pula seperti farmaseutikal dan nutraceutikal serta sektor perkhidmatan dalam pelancongan dan gaya hidup.

“HIS adalah pusat ulung industri dan perdagangan halal global yang memenuhi keperluan dan permintaan pengguna bagi mewujudkan saluran kepada komponen kritikal dalam ekosistem industri halal,” kata Fe Jazzareen.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.