Categories
SELANGOR

Kerja pungutan sampah PBT berjalan lancar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak menghadapi masalah kerja pemungutan sampah berikutan proses itu dilaksanakan secara berkesan mengikut jadual ditetapkan.

Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak, berkata, kerja pembersihan dan kutipan sisa pepejal dijalankan kontraktor dilantik seperti disyaratkan kepada mereka.

“Kontraktor contohnya menjalankan pembersihan awam yang meliputi pembersihan longkang, sapuan dan pemotongan rumput hanya dua kali sebulan serta kutipan sisa pepejal tiga kali seminggu.

sampah“Kita juga berharap kerjasama masyarakat dalam menjaga kebersihan dan tidak hanya bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Fauzi berkata, orang ramai perlu memastikan kebersihan dengan sisa sampah di dalam kompaun rumah dibuang di kawasan pengumpulan sampah.

Pengurusan sampah di Kajang pula diuruskan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) secara berkala mengikut jadual ditetapkan kepada kontraktor lantikan.

Penolong Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan AWam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman, berkata sehingga kini tiada masalah serius dihadapi mereka dan semuanya berjalan seperti sedia kala.

logo PBT“Hanya sebelum ini terdapat sedikit gangguan jadual kutipan sampah yang berpunca daripada kegagalan Pusat Perolehan Semula Sumber Sisa Pepejal (RDF) Semenyih untuk melaksanakan kerja pelupusan sampah.

“Bagaimanapun, perkara itu berjaya ditangani dan satu keputusan drastik diambil MPKj dan SUK Selangor untuk menghantar sampah yang dikutip okontraktor lantikan kami ke tapak pelupusan di Tanjung 12, Dengkil yang diuruskan WorldWide Sdn Bhd,” katanya.

Kamarul berkata, kerjasama orang ramai penting di dalam menjaga kebersihan serta mengelakkan kewujudan sampah haram.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.