Categories
SELANGOR

Majlis Penasihat DiRaja bermesyuarat esok bincang isu MB

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan pihak peguam supaya tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga satu mesyuarat Majlis Penasihat DiRaja dibuat, pada 11 Ogos ini.

Katanya, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa dan pihak peguamnya turut menasihatkan perkara sama supaya tidak mengganggu proses undang-undang yang mungkin akan diambil pada masa akan datang.

Abdul Khalid berkata, beliau kini mementingkan jawatan menteribBesar dan pentadbiran Selangor terlebih dahulu.

Sultan Selangor“Saya sudah membuat kenyataan akhbar semalam iaitu menerima keputusan PKR. Segala perkara dan status berhubung menteri besar, saya akan bincang bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor yang dijangkakan esok selepas Dewan Majlis Penasihat Raja-Raja bermesyuarat.

“Sebarang kenyataan akan dibuat selepas perjumpaan dewan,” katanya.

Abdul Khalid turut mengulangi kenyataannya semalam, yang mana menerima keputusan pemecatan beliau sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti.

Pemecatan Abdul Khalid dibuat dan diumumkan dalam satu sidang media petang semalam (9 Ogos) selepas mesyuarat Lembaga Disiplin PKR.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.