Categories
SELANGOR

MB: Perjanjian Penstrukturan Semula Air dimeterai dalam masa terdekat

SHAH ALAM 27 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Perjanjian Penstrukturan Semula Konsesi Air di Selangor bakal dimeterai dalam masa terdekat.

Abdul Khalid mengesahkan perjanjian itu sekiranya ditandatangani kelak akan dikuatkuasakan dengan sepenuhnya walaupun beliau bukan lagi Menteri Besar.

MB“Semua perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan akan dikuatkuasakan,” kata Abdul Khalid dalam sidang media mesyuarat Exco hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.

Perjanjian tersebut ditandatangani Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Pusat

Perjanjian berkenaan adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari berkaitan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.