Categories
NASIONAL

MH17: 62 mayat dilokasi nahas masih sempurna

SHAH ALAM, 3 OGOS : Hanya 62 mayat yang ditemui dilokasi nahas pesawat MH17 masih dalam keadaan sempurna.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya bahagian mayat yang masih belum ditemui masih berselerakan di sekitar kawasan nahas.

MH17 aKatanya, beliau juga tidak tahu selama manakah siasatan akan dapat dijalankan walaupun dengan bantuan pakar.

“Kita berharap dapat sampai di lokasi kejadian dan memohon bantuan penduduk tempatan untuk mengenalpasti di mana mayat yang belum ditemui berasa,” katanya memetik laporan Awani.

Beliau juga kesal pasukan penyiasat tidak dapat tiba seawal mungkin di lokasi berikutan situasi keselamatan dan prosedur sedia ada.

Khalid juga mengakui kawasan nahas terbiar untuk satu tempoh yang lama dan ada kemungkinan bahan bukti telah diubah.

Dalam pada itu, pasukan penyiasat antarabangsa yang menggunakan anjing penjejak menemui beberapa lagi mayat dan barangan milik mangsa nahas pesawat MH17.

Pasukan itu kini menjalankan kerja mencari 80 lagi mayat yang masih tertinggal di kawasan kira-kira 20 kilometer persegi yang dijangka memakan masa beberapa minggu lagi.

Selain itu, dalam laporan awal siasatan nahas MH17 mendapati tiada yang luar dalam rakaman suara kokpit (CVR) pesawat berkenaan.

CVR yang dimuat turun oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom mendengar komunikasi antara juruterbang pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara (ATC).

Pesawat penerbangan Malaysia MH17, membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai di tembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro Rusia di Donetsk ke Timur Ukraine ketika dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.