Categories
SELANGOR

Paras air Sungai Selangor meningkat musim tengkujuh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Paras air di Empangan Sungai Selangor hari ini yang berada di paras 32.48 peratus bakal meningkat apabila tiba musim tengkujuh yang dijangka bermula Oktober inii.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Selangor seperti negeri lain di pantai barat akan menerima taburan hujan lebih tinggi berbanding musim kemarau.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga giat menjalankan usaha pembenihan awan dan kerja pengepaman air dari kolam Hang Tuah bagi memastikan kapasiti air di empangan terbabit terus mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna di Selangor.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3“Walaupun pada masa ini paras air tidak berada di paras kritikal, Kerajaan Negeri tetap menjalankan usaha berterusan bagi memastikan bekalan air mencukupi sebelum tiba musim tengkujuh.

“Ketika ini, usaha pembenihan awan dan kerja pengepaman dari kolam berdekatan juga giat dijalankan seperti yang dirancang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dr Ahmad Yunus juga menggesa pengguna di Selangor agar lebih cermat ketika menggunakan air bagi mengelakkan penurunan ke paras kritikal iaitu 30 peratus.

air“Ini belum tiba Elnino lagi. Kalau tiba Elnino pasti keadaan menjadi buruk lagi. Jadi sebab itu saya nasihatkan pengguna lebih berjimat menggunakan air,” katanya.

Dr Ahmad Yunus berkata, Empangan Sungai Tinggi mencatatkan bacaan lebih tinggi iaitu pada 45.62 peratus ketika ini, selain Sungai Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.