Categories
SELANGOR

Myvi, Saga untuk pemenang Kempen Bayar & Menang Cukai Taksiran MBSA

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk dua buah kereta untuk dimenangi oleh pemilik harta yang bertuah melalui Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran MBSA 2014.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad, berkata orang ramai berpeluang memenangi kereta Perodua Myvi 1.3 SXE Elegance (Metalic) bernilai RM55,000 dan kereta Proton Saga FL 1.3 M/T (Solid) bernilai RM36,500 melalui kempen yang akan berakhir, pada 31 Ogos ini.

Selain itu, katanya, pemilik harta yang bertuah juga turut berpeluang untuk merebut hadiah lain seperti empat buah motosikal, dua set bilik tidur dan dua set ruang tamu atau sofa.

“Kempen ini diadakan bertujuan menggalakkan pemilik harta menjelaskan cukai taksiran dan tidak melengahkan pembayaran yang perlu dilaksanakan mereka. Kempen ini juga bagi menggalakkan pemilik harta yang mempunyai tunggakan untuk menjelaskan cukai taksiran masing-masing.

cukai MBSA copy“Pemilik harta yang menjelaskan cukai taksiran sebelum atau pada 31 Ogos ini dan mematuhi syarat yang ditetapkan layak secara automatik untuk mengambil bahagian,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrin berkata, kempen ini dibahagikan kepada dua kategori pembayar cukai taksiran dengan hadiah tambahan lain.

“MBSA menyediakan hadiah antaranya Ipad, notebook, kamera Nikon, TV LED dan basikal bukit bagi pembayar cukai yang memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan termasuk syarat penyertaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Hasil & Pelaburan MBSA di talian 03-5522 2882.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.