Categories
NASIONAL

Pelabuhan Klang catat bacaan IPU sederhana

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kualiti udara di seluruh negara secara puratanya dilaporkan baik kecuali tujuh kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 10 pagi, hari ini.

Menurut laporan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, IPU di beberapa kawasan mencatatkan bacaan sederhana iaitu Larkin Lama (58), Pasir Gudang (51), Sg. Petani (55) dan Bandaraya Melaka (53).

ipu seluruh negaraTiga kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana adalah Pelabuhan Kelang (52), Kemaman (53) dan Paka (52), manakala 44 kawasan lain mengalami bacaan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.