Categories
SELANGOR

Pelajar INPENS wakili Malaysia ke pertandingan dandanan rambut Asia

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 OGOS: Pelajar INPENS International College, Nursyazwani Amirah Sumali bakal mewakili Malaysia dalam dua pertandingan kemahiran iaitu Asean Skills Competition-ASC dan World Skills Competation, bermula 19 hingga 29 Oktober ini.

Sehubungan itu, kolej berkenaan memohon rakyat Malaysia mendoakan kejayaan Nursyazwani untuk memenangi pertandingan berkenaan.

Exco Negeri, Dr Halimah Ali, berkata Nursyazwani akan bertanding dalam kategori dandanan rambut bertempat di Hanoi, Vietnam.

_MG_1129 copy“Kemenangan yang diharapkan sekali gus mampu membawa beliau untuk bersaing di World Skills Competion di Brazil, tahun hadapan.

“INPENS sesungguhnya sangat berbangga dengan pencapaian beliau dan mendoakan kejayaannya pada masa hadapan,” katanya pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum melangkah ke pertandingan itu, Nursyazwani menunjukkan prestasi yang cemerlang selepas berjaya memenangi pingat perak dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke-22, sekali gus menewaskan lapan institusi kemahiran yang lain.

INPENS International College adalah kolej kemahiran di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang terletak di Bandar Baru Kuala Selangor dan mampu menampung 600 orang pelajar.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.