Categories
SELANGOR

Perjanjian Dasar Induk tidak berat sebelah, semua Exco Selangor sudah dimaklum

SHAH ALAM, 4 OGOS: Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Perjanjian Dasar Induk (HoA) dibuat secara berat sebelah dan tidak memaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.

Katanya, tidak timbul dakwaan itu kerana semua exco sentiasa dimaklumkan berkenaan perkembangan perjanjian air antara negeri dengan Kerajaan Pusat itu.

“Saya tidak bersetuju dengan tuduhan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan secara sendirian. Segala perjanjian itu juga akan didedahkan dalam masa terdekat,” katanya yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

MB airBeliau juga menafikan dakwaan HoA dibuat di luar pengetahuan Exco kerana mereka sudah dimaklumkan terlebih awal sebelum perjanjian ditandatangani.

“Kami diberikan notis berkenaan majlis terbabit walaupun makluman berkenaan suntuk, perkara itu sudah dibincangkan. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan kononnya kami tidak tahu berkenaan perkara itu,” katanya.

Katanya, exco mungkin tidak meneliti kandungan menyeluruh tetapi mereka setuju dengan semua terma utama dalam perjanjian.

Abdul Khalid pada 1 Ogos lalu menandatangani HoA dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili disaksikan beberapa menteri kabinet dan Exco Selangor.

teng chang kimTawaran berjumlah RM9.65 bilion terhadap empat syarikat konsesi air dimuktamadkan bagi melaksanakan Penstrukturan Semula Industri Air dan pembinaan projek Langat 2 yang dirancang sejak 2006.

Bagaimanapun, hanya pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Bhd (SPLASH) yang masih belum dimuktamadkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.