Categories
NASIONAL

Rafizi mengaku tidak bersalah aib ahli Umno

SHAH ALAM, 28 OGOS: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan ahli Umno, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan terbabit di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melalui satu kenyataan yang mengaitkan parti itu dengan kejadian membaling molotov cocktail di sebuah gereja, pada Februari lalu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

RafiziJika sabitkan kesalahan, Rafizi berdepan hukuman penjara dua tahun, denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Memetik Malaysia Kini, Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan tarikh 30 September ini bagi sebutan kes terbabit.

Rafizi diwakili peguam Eric Paulsen, Dheeraj Bhar dan N Surendran, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun.

Rafizi ketika ditemui pemberita selepas beliau membayar ikat jamin mendakwa, tuduhan itu sememangnya dirancang untuk mengenakan ahli politik Pakatan Rakyat.

“Saya lihat peguam negara kini lebih kreatif dengan menggunakan undang-undang yang kita tak pernah dengar untuk menjatuhkan ahli politik pembangkang atau menghalang orang awam daripada memberikan pendapat.

Katanta, tuduhan itu juga melucukan kerana PKR sememangnya berusaha untuk menimbulkan kemarahan orang Umno.

“Saya hanya boleh ketawa (dengan tuduhan ini). Saya dituduh kerana membangkitkan kemarahan orang Umno.

“Itu memang apa yang kita buat. Memang kerja kita untuk timbulkan kemarahan orang Umno.

“Selepas ini mudah untuk sesiapa yang tak setuju dengan sebaranng kenyataan boleh buat laporan polis,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.