Categories
SELANGOR

Rodziah tuntut permohonan maaf dari MalaysiaGazette

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 OGOS: MalaysiaGazette dituntut mengemukakan permohonan maaf kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail dalam masa 24 jam.

BvX__huCQAAGQL6Rodziah berkata, tulisan bertajuk “Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR” yang ditulis oleh Hamdan Othman adalah tidak benar.

Beliau berkata, tulisan itu ditulis dan dihebahkan MalaysiaGazette adalah dusta , berniat jahat, berunsur fitnah dan sengaja mengaibkannya, pada 18 Ogos lalu.

“Hamdan Othman dituntut untuk mengemukakan permohonan maaf itu secara bertulis kepada saya, di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam.

“Saya akan meneruskan tindakan undang-undang termasuk jenayah jika pihak MalaysiaGazette dan Hamdan Othman gagal berbuat demikian,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.