Categories
SELANGOR

Selangor catat lebih 30 kematian akibat denggi hingga 31 Julai

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 OGOS: Masyarakat disarankan supaya memainkan peranan proaktif bersama Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan wabak demam denggi di Selangor yang mencatat kes tertinggi dapat ditangani secara berkesan.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Selangor sentiasa giat menjalankan langkah pengawalan dan pembasmian nyamuk Aedes melalui pelbagai program dan kempen kesedaran, namun berpendapat ia perlu mendapat sokongan daripada masyarakat setempat.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama Jabatan Kesihatan Negeri diarahkan supaya melaksanakan usaha bersepadu dan memberi didikan berkenaan bahaya demam denggi melalui pemasangan banting dan pengedaran risalah.

Gempur Aedes 02“Memang Selangor mencatatkan kes paling tinggi tetapi ia disebabkan kepadatan dan urbanisasi penduduk di negeri ini yang menyebabkan timbulnya isu penyelenggaraan sampah dan kebersihan yang menjadikan Aedes mudah membiak.

“Sikap masyarakat yang kurang peka sedikit sebanyak menyumbang kepada permasalah ini walaupun pelbagai program sudah dilaksanakan ke arah pengawalan pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada Selangor Kini.

Daroyah berkata, Kerajaan Negeri sudah mengarahkan semua PBT untuk masuk ke sekolah dan memberi penerangan serta ceramah kepada pelajar termasuk beberapa buah tadika di negeri itu.

Katanya mesyuarat mingguan juga dilaksanakan bagi memastikan PBT melaksanakan program kawalan dan pencegahan denggi bagi memastikan masalah berkenaan dapat diatasi.

daroyahKita juga laksanakan program gotong-royong, penubuhan skuad Combi dan pelbagai usaha lain, bahkan setiap minggu bermesyuarat untuk pastikan PBT laksanakan program kawalan dan pencegahan denggi,” katanya.

Sehingga 31 Julai lalu, negara mencatatkan 54,152 kes dan 96 kematian akibat demam denggi, manakala daripada jumlah itu lebih 30 mangsa dari Selangor.

Kes denggi menyaksikan peningkatan 256 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.