Categories
NASIONAL

Tapis internet tindakan anti demokratik & kuku besi

SHAH ALAM 2 OGOS: Cadangan untuk menapis Internet oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menunjukkan ia adalah tindakan anti demokratik, kuku besi dan diktator yang wajib diprotes oleh semua pihak.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu bagi menyekat segala maklumat disampaikan kepada rakyat, terutama menerusi internet.

internet4Katanya ia adalah satu lagi langkah dan strategi Umno BN untuk mempastikan kedudukan mereka kekal sebagai pemerintah.

“Kita sekarang berada dalam keadaan di mana negara subur segala maklumatnya melalui internet, jadi wajarkah untuk mengambil tindakan dengan menyekat internet di negara ini?” soalnya dipetik Keadilan Daily.

Semalam, Mahathir dilapor berkata sudah tiba masanya kerajaan menapis internet serta menggesa semua pihak berhenti bercakap mengenai kebebasan akhbar kerana jelasnya kebebasan itu sentiasa terdedah kepada salah guna.

“Sekatan itu tidak boleh dibuat kepada perkara-perkara yang berkisar kepada kepentingan rakyat dan hal ehwal umum. Rakyat berhak memperoleh fakta dan maklumat yang tepat,” katanya lagi.

Katanya lagi, Mahathir sendiri melanggar apabila memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) apabila memberi jaminan tidak akan ada sebarang sekatan internet.

“Kalau benar apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu akan dilaksanakan, ini bermakna Tun Mahathir sendiri telah melanggar janji yang dibuat, beliau sendiri kata tidak akan mengenakan sebarang sekatan internet sewaktu MSC diperkenalkan,

“Selain itu, tindakan ini akan membuatkan negara kita selangkah tapak kebelakang kerana sekarang ini segala maklumat kini boleh diakses melalui internet dengan sangat pantas.

“Negara akan jadi mundur, begitu juga dengan pemikiran rakyat, akan banyak perkara yang mereka tidak akan tahu selepas ini hanya kerana internet telah disekat,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.