Categories
SELANGOR

UNISEL berpontensi saingi IPT terbaik dunia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 OGOS: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yakin Universiti Selangor (UNISEL) berpontensi untuk berada di kalangan universiti terbaik dunia.

Katanya, hal itu berikutan negeri terkaya berkenaan mempunyai sumber untuk melonjakkan UNISEL dengan dasar serta komitmen kepada kecemerlangan dan kebebasan akademik.

“Kita mempunyai wawasan untuk menjana peranan strategik universiti sebagai pemangkin menjadi sebuah negeri yang progresif dan paling terkehadapan seperti Bangalore di India, Zongguancun di China serta Daejon di Korea Selatan.

MB rasmi istiadat konvokesyen ke-7 UNISEL Shah Alam 02“Saya yakin UNISEL berpontensi untuk berada di kalangan universiti terbaik dunia.

“Universiti Beijing yang dihancurkan ketika revolusi kebudayaan 1965 dan berlarutan hingga awal 70an boleh bangkit sebagai universiti terbaik Asia kerana pimpinan yang komited untuk mengembalikan kegemilangan Universiti Beijing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), di sini, hari ini.

_MG_1249 copyKatanya,  Selangor perlu dijadikan koridor negeri Pakatan Rakyat (PR) bagi menjana kekuatan untuk ke Putrajaya.

Keperluan pengangkutan awam dan rumah mampu milik juga perlu dipertingkatkan lagi bagi menambah pertambahan penduduk di negeri itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.