Categories
SELANGOR

26 SJK(T) terima sumbangan RM850,000

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 SEPT: Sebanyak 26 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil akan menerima sumbangan bernilai RM850,000 daripada Kerajaan Selangor pada 12 September ini dalam Majlis Penyerahan Cek Fasa Kedua di SJK (T) Watson, Pelabuhan Klang.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata bantuan itu adalah dasar yang diteruskan Kerajaan Selangor terhadap pelbagai jenis sekolah yang diwujudkan sejak enam tahun lepas.

PC exco“Ini adalah satu dasar untuk mengilmukan rakyat dan akan dihadiri ahli Exco serta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, semalam.

Antara sekolah yang menerima bantuan itu adalah SJK (T) Ladang Ampar Tenang, SJK (T) Ladang Escot, SJK (T) Ladang Riverside, SJK (T) Ladang Sungai Tinggi, SJK (T) Ladang Minyak, SJK (T) Pulau Carey Barat, SJK (T) Batu Caves, SJK (T) Klang dan lain-lain.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan Program Pasukan Kejiranan di Kampung Tradisi di Selangor.

Katanya MMKN turut bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM5,000 setahun kepada setiap kampung yang terlibat bagi melaksanakan program berkenaan.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri hanya memberi peruntukan secara one off sahaja, tetapi MMKN hari ini bersetuju untuk menyediakan peruntukan bagi setiap tahun dan pihak kampung tradisi perlu mengemukakan laporan setiap enam bulan sekali terhadap kemajuan program yang telah dilaksanakan,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.