Categories
SELANGOR

Abdul Khalid berjaya jawab soalan dibangkitkan pimpinan PR

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 6 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menjawab semua pertanyaan dibangkitkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tanpa menimbulkan sebarang keraguan berhubung masalah mengaitkan dirinya dengan pentadbiran di negeri itu.

Perkara itu didedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru Rusila, petang semalam.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLAbdul Hadi berkata segala kemusykilan dan soalan dikemukakan pimpinan PR dijawab Abdul Khalid dengan baik hingga tiada hujah bagi mana-mana pihak menyoalnya memberi jawapan balas.

“Apabila Abdul Khalid dituduh, kita putuskan supaya beliau dihadapkan ke panel Majlis PR yang terdiri daripada saya, Datuk Mustafa Ali dan Salahuddin Ayub, PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli), sementara DAP adalah Lim Kit Siang, Tony Pua dan Anthony Loke.

“Berdepan dengan Abdul Khalid, beliau dikemukakan soalan dan berjaya menjawab soalan itu sehingga tiada hujah bagi pihak yang menyoalnya, semua yang hadir bersetuju dengan jawapan beliau dan bersetuju untuk membantunya menyelesaikan masalah di Selangor,” katanya.

Mengulas mengenai isu pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Januari lalu, Abdul Hadi mengakui pihaknya terkejut kerana tidak diajak berbincang mengenai perkara itu.

Katanya PAS tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana beranggapan ia akan membebankan rakyat yang baru sahaja melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu.

“Kita dikejutkan supaya dikosongkan satu kerusi di Kajang iaitu kerusi yang sudah dimenangi di mana Adun diminta supaya meletak jawatan.

“Tiada sebarang mesyuarat dalam pimpinan PR, tiba-tiba sahaja PAS diberitahu mengenai perkara ini dan kita tidak bersetuju kerana ini bukan caranya.

“PRU baru sahaja lepas, rakyat baru sahaja mengundi nak adakan pilihan raya lagi. Ini tidak betul,” katanya lagi.

LIHAT VIDEO INI

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.