Categories
SELANGOR

KDEB sumbang 36 kerusi roda RM14,400 kepada OKU bangunkan perniagaan

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 SEPT : Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat menyerahkan 36 kerusi bernilai RM14,400 kepada Persatuan Damaai Orang Kurang Upaya Malaysia (PDOKUM) dan Pertubuhan Orang Cacat Cina Malaysia (POCCM).

Pengurus Kanan Tanggunjawab Sosial Korporat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, sebanyak 20 unit kerusi roda disumbangkan kepada PDOKUM dan 16 unit kepada POCCM merupakan sebahagian daripada program komuniti KDEB.

KDEB“Setiap pertubuhan juga diberi sumbangan bernilai RM2,000 sebagai bantuan kewangan daripada anak syarikat KDEB, Kumpulan Perangsang Selangor,” katanya.

Majlis penyerahan kerusi roda dan cek sumbangan disampaikan Mohd Fauzi kepada Pentadbir PDOKUM, Vesalatchi Chelladurai dan Pentadbir bagi POCCM, Low Chee Kang.

Sumbangan kerusi roda ini untuk membantu dan memudahkan ahli-ahli OKU kurang berkemampuan berdikari menguruskan perniagaan kecil-kecilan dan bergerak melaksanakan tugasan harian.

Menurut Pentadbir PDOKUM, Vesalatchi Chelladurai berkata, beliau terharu dan menghargai bantuan kerusi roda dan sumbangan kewangan KDEB dan Perangsang Selangor.

“Bantuan ini akan meringankan tanggungan kami untul membantu ahli-ahli,” katanya.

KDEBSelain itu, salah seorang penerima merupakan bekas pemain tenis pasukan paralimpik Malaysia, Krishnan Sivasankaran berkata, bagi menyara keluarga, beliau menjalankan perniagaan menjual kacang secara kecil-kecilan dengan menaiki motosikal dan memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan.

“Dengan bantuan kerusi roda ini sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kami sekeluarga.

“Terima kasih atas sumbangan yang diberikan,” kata beliau yang bersama pasangannya seorang OKU kini dikurniakan cahaya mata lelaki baru-baru ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.