Categories
SELANGOR

MB: Rakyat dijemput meriahkan Pesta Tanglung 13 Sept

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 SEPT: Seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa dijemput untuk memeriahkan Pesta Tanglung 2014 peringkat negeri pada hari Sabtu ini bersamaan 13 September.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pesta anjuran Kerajaan Negeri itu dapat menguatkan lagi persefahaman dan toleransi antara antara kaum di negeri ini dan di Malaysia khasnya.

Pesta Tanglung 01 (1)Katanya, penganjuran sambutan Pesta Tanglung ini diadakan setiap tahun bagi menghargai kepelbagaian di negeri ini yang menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan kaum.

“Kita amat mengalu-alukan kehadiran semua masyarakat berbilang bangsa dan agama bagi meraikan memeriahkan sambutan ini sebagai tanda kita semua menghargai kepelbagaian yang dimiliki di negara ini.

“Saya mewakili kerajaan negeri menjemput seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa dan agama untuk memeriahkan sambutan ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Pesta Tanglung 2014 akan diadakan di Chempaka Buddhist Lodge, Taman Sea Petaling Jaya bermula 3 petang sehingga 11 malam.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri menjangkakan lebih 7, 000 pengunjung dalam pesta kali ini yang dianjurkan bersama Tourism Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Cempaka Buddhist Lodge.

“Masjlis sambutan ini akan diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti Tarian Singa dan persembahan Wushu, pertunjukan silap mata, pameran dan perarakan tanglung di samping gerai-gerai cenderahati untuk dikunjungi.

“Pihak penganjur juga akan mengedarkan tanglung secara percuma kepada pengunjung terutama kepada kanak-kanak di samping hadiah-hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.