Categories
SELANGOR

MB: Sepang sertai perkongsian PEMSEA urus pantai bersepadu

Oleh: AFEEQA AFEERA

SEPANG, 8 SEPT: Sepang muncul daerah seterusnya di Selangor yang menyertai memorandum perjanjian bersama Pengurusan Alam Sekitar Laut Asia Timur (Pemsea) sebagai langkah pelaksanaan kepada pelan pengurusan pantai bersepadu (ICM).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata selain Sepang, daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam turut memeterai perjanjian sama tahun lalu melalui penganjuran Forum Pemsea yang berlangsung di Jepun.

MB Rasmi program LUAS (9)Beliau berkata ia adalah langkah positif bagi memastikan tahap pengendalian pantai dan kawasan sekitarnya dapat dilakukan dengan baik dan memenuhi standard ditetapkan.

“Kita mengadakan perbincangan dengan negara Asia Timur supaya dapat menilai dan memahami tatacara terbaik mengendalikan atau menguruskan Sepang Goldcoast

“Kita melancarkan program membersihkan pantai dan menanam pokok supaya pantai di negeri Selangor bersih dan mempunyai flora dan fauna dan boleh dijaga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pemsea di Avani Hotel, dekat sini hari ini.

Pemsea adalah satu bentuk kerjasama di antara pelbagai pihak berkepentingan di dalam pembangunan dan pengurusan mapan pantai dan laut di rantau Asia Timur.

MB Rasmi program LUAS (1)Pihak berkepentingan ini merangkumi negara-negara Asia Timut, kerajaan tempatan, masyarakat, sektor swasta, institusi penyelidikan dan pendidikan, agensi antarabangsa, institusi serta penyumbang kewangan.

Forum tahunan ini bertujuan sebagai medium perbincangan isu dan permasalahan dalam pelaksanaan ICM di kawasan setiap ahlinya.

Forum ini juga dijadikan salah satu wadah pemakluman status semasa pelaksanaan pelan ICM dan penambahbaikan yang boleh dilakukan berdasarkan perkongsian pengalaman oleh ahli yang berjaya melaksanakan pelan berkenaan.

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Kemboja, China, Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Timur Leste dan Vietnam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.