Categories
SELANGOR

MB: Terma MOU air diumumkan masa terdekat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 SEPT: Dokumen perjanjian penstrukturan semula industri air yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan didedahkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata terma perjanjian itu akan didedahkan sejurus selepas syarikat konsesi air yang terlibat selesai mengadakan mesyuarat luar biasa(EGM) bagi menentukan penjualan saham.

MBKatanya, beberapa pengumuman berhubung perkara itu juga akan dibuat selepas mengadakan mesyuarat dengan Exco.

“Kita akan membuat beberapa pengumuman terutama dari segi terma-terma perjanjian.

“Walaubagaimanapun, teks perjanjian itu akan diedarkan tidak lama lagi kerana masih lagi dalam proses penentuan.

“Syarikat terlibat akan mengadakan EGM untuk menentukan penjualan saham,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Hata Ahmad.

MB MOU AIRJumaat lalu, Abdul Khalid menandatangani Perjanjian Utama dengan kerajaan pusat berkata, kos pengambil alihan itu ialah RM7.45 bilion, jauh lebih rendah daripada tawaran awal yang dilakukan kerajaan negeri iaitu RM9.65 bilion.

Ia bermakna kerajaan negeri akan berkuasa penuh ke atas ketiga-kiga syarikat konsesi yang bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)dan Konsortium Abbass Sdn Bhd (Abbas) bersetuju dengan tawaran.

Mengulas pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), Abdul Khalid berkata ia akan dilakukan di peringkat kedua.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.