Categories
SELANGOR

MBPJ tukar laluan bas komuniti bermula 10 Okt penuhi keperluan penduduk

PETALING JAYA 1 SEPT: Perkhidmatan bas komuniti Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ) akan menukar laluan baru perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Petaling Jaya Selatan (PJS) bermula 10 Oktober ini.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, pelaksanaan itu bertujuan untuk memberikan perkhidmatan di kawasan PJS 1 sehingga PJS 5 sebagai bas pengantara ke kawasan hab bas di Jalan PJS 3/2 dimana terdapat perkhidmatan PJ City Bus di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pelaksanaan laluan baru berkenaan akan memulakan operasi bermula dari jam 6 pagi sehingga 5 petang.

“Laluan baru ini akan dilaksanakan secara percubaan untuk tempoh tiga bulan bagi MBPJ mengenal pasti sama ada ia merupakan laluan dan perkhidmatan terbaik yang boleh ditawarkan kepada penduduk di PJS,” katanya dipetik Sinar Harian.

bas komunitiMenurut beliau, perkhidmatan bas komuniti mengambil masa selama satu jam bagi mengambil serta menurun penumpang dan ia

Selain daripada itu, Alinah memaklumkan bahawa perkhidmatan berkenaan juga turut melalui 21 perhentian dan 10 destinasi dengan kapasiti seramai 30 orang.

“Perkhidmatan ini diperkenalkan sejak Ogos 2008 lalu namun menyedari keperluan penduduk berpendapatan rendah dan warga emas, kejuruteraan MBPJ membuat kajian menukar laluan bas komuniti ini untuk dihubungkan dengan perkhidmatan PJ City Bus,” katanya.

Dalam pada itu, Alinah berkata, perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dapat memudahkan mobiliti serta menjimatkan masa serta kos perjalanan.

Tambah beliau, MBPJ sentiasa komited bagi menambah baik tahap perkhidmatan pengangkutan awam termasuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan berkualiti.

“Kita akan buat percubaan selama tiga bulan dan mana-mana kekurangan akan ditambah baik selepas ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.