Categories
SELANGOR

Penjawat awam sifatkan Abdul Khalid MB prihatin bekerja demi rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 SEPT: Aura Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor nyata meninggalkan kesan mendalam buat penjawat awam.

Rata-rata penjawat awam yang ditemui melahirkan rasa dukacita dengan pengunduran Abdul Khalid daripada jawatan ketua eksekutif negeri terkaya di Malaysia ini.

tunggu MB di SUK (3)Pegawai Khidmat Pelanggan, Sri Wiyanti Sugito 28, menyifatkan Abdul Khalid sebagai seorang ketua yang prihatin dengan kebajikan rakyat juga penjawat awam.

“Selain daripada mendapat bonus tahunan, beliau juga prihatin dengan kebajikan kami, antaranya yang terbaru menyediakan pengangkutan kepada kakitangan di kuarters untuk ke tempat kerja.

tunggu MB di SUK (9)“Kalau ikutkan, kami kakitangan awam tidak bersetuju beliau mengundurkan diri daripada jawatan yang disandang sekarang.

“Apa pun, saya doakan beliau terus berjaya dalam masa akan datang,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Abdul Khalid tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tepat jam 9 pagi diiringi Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.

Dilaporkan, hari ini merupakan hari terakhir Abdul Khalid bergelar Menteri Besar selepas mula menjawatnya pada tahun 2008.

tunggu MB di SUK (11)Sementara itu, seorang lagi penjawat, Rahmat Muslimin 51, berkata pengunduran Abdul Khalid merupakan satu kehilangan besar buat negeri Selangor.

“Dia seorang pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat, bersungguh-sungguh membangunkan negeri.

“Saya tidak percaya dengan sebarang tuduhan integriti terhadap beliau, sama sekali tidak benar,” tegas Pegawai Keselamatan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.