Categories
SELANGOR

Unit Amal dicadang di LRT Pandan Indah elak kes ragut berulang

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 SEPT: PAS Kawasan Pandan di dalam mesyuarat malam tadi bersetuju mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan anggota Unit Amal di Stesyen LRT Pandan Indah.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Samad berkata, cadangan ini berikutan kes tetak dan ragut berhampiran stesyen itu melibatkan seorang gadis ditetak di bahu dan lengan pada 28 Ogos lalu.

Unit Amal“Terdapat laluan-laluan di sekitar stesyen tersebut dengan pejalan kaki boleh terdedah kepada jenayah ragut.

“Kami yakin dengan pertubuhan anggota-anggota Unit Amal ini boleh membantu pihak Polis menjalankan tugas mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga menggesa supaya kerja-kerja menaiktaraf dikawasan stesen dilakukan.

Ia seperti memasang penghadang atau menyediakan lebih banyak lampu di laluan-laun pejalain kaki bagi membanteras kes begini dari terus berulang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.