Categories
SELANGOR

ADUN PAS digantung kemuka rayuan Isnin ini

SHAH ALAM 22 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib akan mengemukakan rayuan berhubung penggantungan keahliaannya kepada Majlis Syura Ulama PAS yang akan diserahkan sendiri di Pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada 27 Oktober ini.

“Saya belum memutuskan apa yang akan dikarang dalam surat rayuan itu nanti. Saya sudah berbincang dengan peguam dan beberapa rakan rapat untuk mendapatkan maklum balas dan pendapat mereka dalam isu penggantungan ini.

“Insya-Allah dalam hujung minggu ini saya akan menulis surat rayuan berkenaan. Perkara yang akan ditulis sudah berada dalam fikiran saya,” katanya dipetik mStar Online.

saari sungib sidang dun blue 01Saari berkata, surat penggantungan itu diterima melalui pos pada 13 Oktober lalu, namun beliau sudah menerima salinannya melalui e-mel, pada 11 Oktober lalu.

“Dalam surat penggantungan itu, kesalahan yang saya lakukan tidak dinyatakan secara spesifik, namun memaklumkan sudah melakukan kesalahan di bawah perkara 82 (6) perlembagaan parti.

“Saya juga masih tertanya-tanya kenapa Jawatankuasa PAS pusat tidak menyatakan secara jelas kesalahan itu. Apapun, saya akan menjawab surat tunjuk sebab ini dan akan serahkannya isnin ini,” katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Bagaimanapun, dua ADUN berkenaan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published.