Categories
NASIONAL

Anwar: BR1M tak mampu tampung GST, kos bahan bakar

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet
2015 tidak mampu menampung peningkatan kos bahan bakar dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang terpaksa ditanggung
rakyat.

Hal itu kerana isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan antara
RM140 hingga RM700 setahun akibat GST, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ternyata rakyat masih perlu berbelanja lebih daripada pemberian BR1M jika ditambah dengan kenaikan kos petrol dan diesel
sebanyak 20 sen baru-baru ini.

s“Jelas, sebahagian besar daripada BR1M terpaksa digunakan untuk menampung bebanan cukai GST dan kenaikan petrol,” katanya di Dewan
Rakyat, hari ini.

Pada pembentangan bajet lalu , Najib mengumumkan kenaikan BR1M daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan
RM3,000 ke bawah.

Manakala, untuk isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM 4,000 sebulan, nilai BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada
RM700.

Mengulas lanjut, Anwar berkat,a kerajaan perlu serius menangani isu penyeludupan diesel 3.5 bilion liter setiap tahun kerana ia
membazirkan hampir RM1.5 bilion setahun.

anwarKatanya, pengurangan subsidi minyak sememangnya mampu menjimatkan RM9 bilion setahun, namun jumlahnya adalah jauh lebih kecil
daripada penjimatan yang bakal diperoleh jika ketirisan perbelanjaan dapat dihentikan.

“Jika ketirisan perbelanjaan kerajaan persekutuan dapat diberhentikan, mereka dapat menjimatkan sehingga RM18 bilion setahun.

“Nyata, kerajaan terus menekan rakyat akibat kelemahan tatakelola dan pengurusan di pihak mereka,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.