Categories
SELANGOR

Bengkel pemberdayaan penduduk bantu atasi masalah Seksyen 24

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM, 13 OKT: Satu bengkel pemberdayaan komuniti bagi penduduk dan Jawatankuasa Pengurusan Pangsapuri (MC) Seksyen 24 diadakan bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi penduduk pangsapuri dan mempertimbangkan tindakan proaktif yang boleh diambil.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata bengkel sehari itu antara lain bertujuan memenuhi kehendak penduduk setempat menuntut perkhidmatan dan penyelenggaraan yang lebih responsif.

Katanya, beberapa isu telah dibangkitkan mengenai keselamatan penduduk, keceriaan bangunan dan kawasan, penambahbaikan penyelenggaran infrastruktur dan lanskap, kejiranan yang lebih mesra dan keberkesanan kutipan yuran bulanan.

“Saya berhasrat agar penduduk di Batu Tiga terus diberdayakan dalam sebarang isu yang mengesani mereka. Penduduk dan komuniti yang berdaya adalah harapan negeri Selangor pada masa kini dan akan datang.

IMG_0165

rodziah“Pendekatan sedemikian merapatkan ikatan sedia ada di kalangan penduduk. Kepentingan yang wajar diberi keutamaan sekiranya ingin mencapai kesepakatan dan kebersamaan dalam langkah mencari pelbagai penyelesaian, bahkan kecemerlangan kehidupan di mana-mana pangsapuri,” ujarnya.

Menurut Rodziah, bengkel itu juga diselitkan dengan satu forum bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai pencerahan tentang beberapa perkara berkaitan peraturan dan undang-undang yang perlu dipenuhi serta skim-skim yang boleh dipohon oleh penduduk menerusi MC masing-masing.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.