Categories
SELANGOR

Jom Shopping DUN Gombak Setia dapat sambutan

Oleh: AFIX REDZUAN

GOMBAK, 16 OKT: Seramai 300 masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima kupon beli belah ‘Jom Shopping’ sempena Deepavali 2014 yang diadakan di Giant Batu Caves, di sini.

Kupon bernilai RM100 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Dalam ucapan pembukaan, Hasbullah berkata, program seumpama itu berjaya membuktikan keprihatinan Kerajaan Selangor dalam memelihara kebajikan rakyat dan menghargai sumbangan warga emas kepada pembangunan negeri.

DSC_0051Katanya, “Program ‘Jom Shopping’ yang diperkenalkan Kerajaan Selangor paling popular di kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa atauagama.

“Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan ini untuk membeli barang keperluan harian serta dapat mengurangkan kos sara hidup yang tinggi sebagai persediaan menghadapi perayaan Deepavali,” katanya.

‘Jom Shopping’ adalah salah satu program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sejak lima tahun lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.