Categories
SELANGOR

RM1 juta bantu peniaga Uptown Seksyen 24

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan awal berjumlah hampir RM1 juta bagi membantu peniaga yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Uptown Seksyen 24, Shah Alam, awal pagi tadi.

Bentuk bantuan yang diberikan adalah pinjaman kewangan Skim Miktokredit Bandar (MiMBAR) berjumlah RM5,000 seorang.

uptown terbakarPerbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula akan memberikan bantuan kewangan bencana berjumlah RM500 seorang.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turut turun melawat kawasan kebakaran bagi melihat sendiri keadaan Kompleks Muhibbah yang menjadi tumpuan peniaga di Shah Alam.

Katanya, buat sementara waktu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menggunakan tanah seluas 6.5 ekar di sebelah kawasan kejadian untuk dijadikan kawasan perniagaan sementara bagi peniaga meneruskan perniagaan mereka.

Kerja penurapan akan dibuat segera selain membina lot kedai sementara untuk peniaga meneruskan perniagaan.

Berita lanjut bakal menyusul…

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.