Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri salur RM500,000 pulih kawasan tanah runtuh pangsapuri Teratai

SHAH ALAM, 21 OKT: Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan peruntukan RM500,000 untuk kerja pemulihan kepada mangsa tanah runtuh di pangsapuri teratai di Kuala Kubu Bharu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri turut menyumbangkan RM150,000 untuk bantuan bencana kepada 120 keluarga yang terbabit dengan tragedi terbabit.

azmin

“Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Tanah akan memantau pergerakan tanah. Keselamatan penduduk menjadi keutamaan Kerajaan Negeri.,” katanya melalui laman Twitter.

Beliau turut mengadakan tinjauan ke lokasi kejadian itu yang turut disertai Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu serta Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong, kira-kira jam 1.30 petang.

Terdahulu, lebih 500 mangsa dan 120 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan di Bukit Beruntung ekoran tanah runtuh berkenaan, setakat jam 4 pagi tadi.

azmin2Tiga pusat pemindahan itu adalah Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan 2 serta Sekolah Menengah kebangsaan Taman Bunga Raya.

Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kerapan hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan apabila satu kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku, sejak petang semalam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.