Categories
SELANGOR

MB: 3 loji utama di Sg Selangor beroperasi semula

SHAH ALAM 12 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata semua loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 yang ditutup telah mula beroperasi mulai jam 4.30 pagi ini.

Katanya melalalui laman media sosial jam 10 malam tadi, tahap pencemaran tumpahan hydrocarbon di loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 5 ppm dan terpaksa ditutup.

syabasci__0022_Layer 7“Pegawai dan pekerja LUAS bersama EXCO YB Elizabeth Wong bertungkus lumus di lokasi loji rawatan sehingga jam 5 pagi ini.

“LUAS masih berada di lokasi untuk memantau situasi dan mengenal pasti punca pencemaran tumpahan hydrocarbon malam tadi,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, walaubagaimana pun, semua loji rawatan air yang terlibat telah memulakan operasi bermula jam 4.30 pagi ini secara berperingkat.

Beliau mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran diesel di loji berkenaan.

Katanya beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuat kenyataan rasmi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.