Categories
NASIONAL

PAS gesa Majlis Pakatan Rakyat Negeri bersidang bincang isu Pulau Pinang

SHAH ALAM, 7 OKT: PAS menggesa Majlis Pakatan Rakyat Negeri yang tidak bersidang sejak 2009 diaktifkan bagi membincangkan masalah pentadbiran, parti dan rakyat yang membelenggu Pulau Pinang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ketiadaan mesyuarat sesama parti komponen PR itu menyebabkan isu pembangunan Pulau Pinang tidak dibincang secara tuntas, sehingga menyebabkan salahfaham antara pimpinan negeri.

Mujahid“Kita memperakui bahawa masalah pembangunan di Pulau Pinang, khususnya di bahagian pulau sudah dan sedang ditangani oleh kerajaan negeri walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki dan PAS bersedia untuk bersama meningkatkan keberkesanannya.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan Eng“Mesyuarat juga memperakui Majlis Pakatan Rakyat Negeri tidak bertemu sejak tahun 2009, justeru masalah pentadbiran, parti dan rakyat tidak dapat dibincang secara tuntas demi pembangunan mapan di Pulau Pinang,” katanya di satu sidang media di Butterworth, semalam dan dipetik dari laporan Bernama.

Mujahid berkata perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang yang diadakan pada 3 Oktober lepas, sehari selepas pertemuan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau turut menjelaskan kritikan Bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim terhadap pentadbiran Guan Eng dan penggantungan keanggotaan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang adalah akibat ketiadaan mesyuarat bersama itu.

PAS bagaimanapun akui sebahagian ucapan Iszuree telah menimbulkan salah faham ekoran olahan bahasa.

“Oleh itu bagi pihak Iszuree, PAS negeri ingin menyatakan kekesalan terhadap salah faham yang timbul akibat daripada kenyataan tersebut,” katanya.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.