Categories
SELANGOR

Sasar kurangkan kes maut jalan raya 50%

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 OKT: Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 – 2020 dilaksanakan kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan pengguna jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah berkata, pelan dirangka pihaknya dengan kerjasama semua pihak berkaitan mensasarkan pengurangan kes kematian lebih 50 peratus.

10632841_729539393761946_7545528717060381613_nKatanya ia pengurangan kemalangan maut daripada jangkaan kira-kira 10,000 kepada 5,000 atau kurang dalam tempoh dinyatakan.

“Lima strategi utama dalam pelan berkenaan iaitu pengurusan keselamatan jalan raya membabitkan penyertaan pelbagai pihak, penyediaan kenderaan selamat mengikut piawaian, jalan raya selamat, pengguna jalan raya lebih selamat dan punya kesedaran serta pengurusan kemalangan jalan raya lebih cekap.

“Ia diharap mampu mengubah kita semua sebagai pengguna jalan raya bersesuaian dengan matlamat negara ke arah negara maju pada 2020,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian The Long Short Walk 2014 di sini, hari ini.

Tam berkata, majlis pelancaran pelan berkenaan akan dibuat Kementerian Jalan Raya dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga menolak andaian umum yang mengatakan kempen keselamatan jalan raya dijalankan secara bermusim tetapi ia dijalankan berterusan mengikut jadual ditetapkan.

“Kita jalankan berterusan mengikut kesesuaian. Tidak hanya di musim perayaan yang diadakan secara besar-besaran tetapi juga pada masa lain,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.