Categories
NASIONAL

Perbicaraan kes saman Presiden PAS ditangguh 23 Nov

KUALA TERENGGANU 28 OKT : Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan.

Galeri awam Mahkamah Tinggi di sini penuh sehingga sebahagian orang ramai yang mengikuti perbicaraan kes saman itu terpaksa duduk di atas lantai.

ah3Mereka yang dibenarkan masuk ke kawasan mahkamah juga tidak dapat memasuki bilik perbicaraan dan hanya berlegar di sekitar pekarangan mahkamah.

Harakahdaily melaporkan 200 pas kebenaran untuk memasuki kawasan mahkamah yang dikeluarkan pihak keselamatan habis manakala sekitar 1,000 orang berada di luar kawasan mahkamah bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden PAS.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibahim Tuan Man, pemangku Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Muhammad, Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, AJK, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Nasrudin Hassan dan beberapa Pesuruhjaya PAS negeri.

10712759_893675187310328_6390829055365469841_nPada perbicaraan yang sedang berlangsung pagi ini, Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail memberi keterangan sebagai saksi plaintif.

Sementara itu, Tuan Guru Abdul Hadi selesai memberi keterangan kira-kira jam 11.10 pagi.

Selepas itu giliran Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman pula memberi keterangan.

Gambar: Facebook PAS Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.