Categories
NASIONAL

Faris: “Bukan Anwar sahaja, saya juga difitnah Saiful”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 28 OKT: Setiausaha Pengelola PKR, Faris Musa mendakwa beliau pernah difitnah Saiful Bukhari Azlan kononnya mendoakan kemenangan Saiful dalam perbicaraan fitnah 2 ketika di peringkat Mahkamah Tinggi.

Kata beliau, ini menjelaskan sikap sebenar Saiful yang cenderung memfitnah mana-mana pihak termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fariz Musa“Dalam blog Umno dia kata saya adakan pertemuan sulit dengan Saiful di R&R Lanchang, pada hal pertemuan itu berlaku secara kebetulan semasa saya singgah untuk ke tandas.

“Saya ada saksi, kawan dan isteri saya pun ada sama ketika itu,” kata Faris dihadapan hampir 2,000 orang di Perhimpunan solidariti untuk Anwar, Rakyat Hakim Negara/

Jelas Faris, blog Umno itu juga menyatakan Saiful sempat menjelaskan ‘kejadian liwat’ yang menimpa Saiful.

“Blog Umno itu tulis saya percaya penjelasan Saiful dan mendoakan agar Saiful menang dalam perbicaraan nanti,” kata Faris lagi.

Tambah Faris, beliau terserempak dengan Saiful, ketika beliau keluar dari tandas dan Saiful sedang menghisap rokok.

Kali kedua, beliau terserempak berhampiran kenderaan yang dinaikinya dan Saiful mengambil kesempatan menyapa beliau.

Dalam pertemuan singkat itu, Saiful hanya berkata beliau mengharapkan keputusan hakim memihak kepada beliau.

“Masa tu kira-kira dua minggu sebelum keputusan perbicaraan. Jadi saya tanya macam mana kes?

“Dia cuma jawab serahkan kepada hakim, itu sahaja tetapi dua minggu lepas itu keluar di blog Umno saya ‘yakin’ Saiful ‘diliwat’ Anwar,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.