Categories
NASIONAL

Pidato Anwar, UM patut akur titah Canselor jamin kebebasan akademik

SHAH ALAM 17 OKT: Universiti Malaya (UM) patut akur dengan titah Canselornya Sultan Nazrin Shah menitahkan kepentingan kebebasan akademik dan dengan itu menamatkan usaha menghentikan majlis pidato dirancang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad Anwar, berkata cubaan UM untuk menghentikan majlis pidato anjuran siswa UM itu “bertentangan” dengan kehendak titah oleh Sultan Nazrin Shah.

B07Gc9kCcAALwSh“Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga Canselor UM telah menitahkan mengenai kepentingan minda terbuka yang menyuburkan perasaan sabar dan toleransi bersedia mendengar hujah berbeza betapa sekali tidak dipersetujui.

“Minda terbuka ini akan memberikan ruang membolehkan lahir dan tumbuhnya idea baru, menyemarakkan budaya inovasi dan menyuburkan minda kreatif,” kata Ahmad Anwar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tindakan pentadbiran UM ini bertentangan dengan kehendak minda terbuka seperti yang dititahkan oleh Canselornya sendiri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.