Categories
KENYATAAN MEDIA

PKNS tidak terima aduan salah laku Azmin Ali

Oleh: Bahagian Perhubungan Awam PKNS

SHAH ALAM, 21 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan sebuah organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik (good corporate governance) dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama yang menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) pada 14 Nov 2012 seperti yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tersenarai dan agensi kerajaan di Malaysia. 

 Merujuk kepada laporan media berhubung siasatan ke atas Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Mohamed Azmin bin Ali berkaitan dakwaan salah laku rasuah ketika menjawat jawatan sebagai Ahli Perbadanan PKNS, adalah ditegaskan bahawa PKNS tidak pernah menerima sebarang aduan terhadap beliau yang membabitkan salah laku atau penyalahgunaan kuasa.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhak membuat siasatan berkaitan PKNS berasaskan aduan oleh mana-mana pihak dan PKNS bersedia memberikan kerjasama untuk SPRM melaksanakan tugas mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.