Categories
NASIONAL

SPR: Kajian persempadanan pilihan raya sedang dijalankan, notis menyusul

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 OKT: Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dipamerkan bagi memberi peluang kepada mana-mana pihak yang mahu mengkaji dan sekaligus membuat bantahan ke atas kajian persempadan semula itu dalam jangka masa dua tahun.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, langkah SPR itu adalah selaras dengan artikel 113, Perlembagaan Persekutan yang mengkehendaki kajian semula persempadanan perlu disiapkan dalam tempoh dua tahun selepas kajian dimulakan.

Tan Sri Abdul Aziz Yusoff“Dia (BERSIH 2.0) kena fahamkan Artikel 113, Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan. Kalau tidak bagaimana kita nak dialog dengan orang sebelum kita pamerkan (cadangan persempadanan semula),” kata Aziz ketika dihubungi Selangor Kini, semalam.

Jelas beliau, mana-mana pihak boleh meneliti kajian persempadanan semula oleh SPR dalam tempoh dua tahun selepas notis disiarkan sebelum mengemukakan bantahan sekiranya ada.

“Bila notis dikeluarkan, kita pamerkan apa cadangan. Dalam tempoh dua tahun bolehlah dia kaji. Ini undang-undang kata begitu,” kata Aziz lagi ketika menjawab dakwaan BERSIH 2.0 yang SPR tidak memberi ruang secukupnya kepada para pengundi.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113 penjalanan pilihan raya, SPR hendaklah mengadakan kajian persempadanan semula dalam tempoh masa tidak kurang lapan tahun selepas persempadanan semula yang terakhir dijalankan.

Aziz memaklumkan kali terakhir kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan pada 2003 iaitu 11 tahun lalu.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah menggesa agar SPR mengumumkan lebih awal bilakah persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dijalankan berikutan langkah mengadakan persempadanan semula itu bakal memberi kesan terhadap kepentingan awam.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.