Categories
NASIONAL

Walaupun gelap, Anwar tak berganjak pidato di hadapan ribuan hadirin

KUALA LUMPUR 27 OKT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin dalam gelap di dataran Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) dengan semua lampu ditutup, kecuali lampu jalan.

Anwar tiba di UM pada kira-kira jam 9.35 malam bagi menyertai Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara.

Anwar gelapBeliau diiringi isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Anwar mengakhiri pidatonya pada kira-kira jam 10.30 malam.

Dalam pada itu ribuan mahasiswa berjaya membuka pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Anwar.

Anwar bersama keluarganya sampai dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan mereka mula berarak ke Dewan Tunku Canselor.

B09UGYhCIAEUdkJAntara pemimpin yang dilihat hadir MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sean bersama beberapa penyokong PKR menaiki sebuah kereta dan memasang sistem audio.

Turut kelihatan Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi, ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling, ADUN Rawang Gan Pei Nie, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shahrin, aktivis siswa Safwan Anang dan pensyarah Dr Azmi Sharom sebagai pemantau.
EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.