Categories
SELANGOR

Belanjawan berani & bertanggungjawab, bukan sekadar populis

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempunyai matlamat jelas dan tidak sekadar populis tetapi bertanggungjawab serta pruden ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, pada 24 November lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun membentangkan belanjawan defisit bernilai RM450 juta tetapi ia lebih baik berbanding belanjawan tahun lalu.

“Mengimbangi anggaran belanjawan berjumlah RM2.422 bilion, sebanyak RM1.288 bilion atau 53.19 peratus peruntukan perbelanjaaan mengurus dan RM1.134 bilion (46.81%) bagi perbelanjanan pembangunan adalah satu pendekatan yang pruden bagi memacu kerancakan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

10801816_818849664846048_3237730925260679204_n“Jelasnya, ia lebih baik dari belanjawan tahun lalu yang menggunakan 66.2 peratus dari anggaran belanjawan untuk mengurus dan 33.8 peratus untuk pembangunan,” katanya yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau berkata, tuntutan utama adalah Dato’ Menteri Besar untuk mempunyai disiplin fiskal yang tinggi dan pihak birokrasi untuk memungut hasil cukai serta hasil bukan cukai dengan berkesan tanpa tiris dengan belanjawan defisit.

Katanya, Mohamed Azmin memiliki keazaman tinggi untuk tidak membentangkan belanjawan tambahan kecuali kedudukan luar dugaan seperti mala petaka.

“Kerajaan Persekutuan berlaku sebaliknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan hampir 80 peratus dari belanjawan untuk peruntukan pengurusan yang membengkak.

“Hampir semua peruntukan pembangunan (20 peratus) adalah defisit yang dibiayai melalui pinjaman,” katanya.

dr dzul close 02Dzulkefly berkata, RM277.3 juta yang diperuntukkan bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan RM106.6 juta bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran serta pembangunan usahawan adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat keseluruhannya.

Katanya, antara strategi belanjawan iaitu ‘membesarkan lapisan kelas menengah’ adalah menarik, strategik dan penting.

“Mengikut laporan UNDP-Malaysia yang baru dibentang semalam, kelompok kelas menengah di Malaysia mengalami kebekuan atau ‘stagnation’ sekitar 20 peratus rakyat berbanding negara maju seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura pada sekitar 50 hingga 55 peratus.

“Selangor sebagai negeri terkaya dan termaju wajar mempunyai kelas ‘menengah atas’ yang lebih lebar dengan kerancakan pelaburan serta kegiatan ekonomi bernilai tambah lebih tinggi.

Golongan berpendapatan rendah pula memasuki kelompok ‘menengah rendah’ dengan pelbagai program hijrah untuk meningkat pendapatan,”katanya.

-NFN

Leave a Reply

Your email address will not be published.