Categories
SELANGOR

10 pelacur warga asing ditahan dalam Ops MPSJ dan Imigresen

Oleh: HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 19 NOV: Sepuluh wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi dijalankan di pusat urut serta penjagaan kecantikan di Bandar Utama Puchong, di sini, semalam.

Operasi itu diketuai Pegawai Penguatkuasa MPSJ dan Pegawai Imigresen Selangor serta disertai 26 anggota penguatkuasa selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang menyatakan terdapat aktiviti haram di dalam dua premis berkenaan, kira-kira jam 9 hingga 11 malam.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya memeriksa 12 wanita warga asing iaitu lima dari China dan tujuh dari Vietnam di dua premis itu dan mendapati 10 daripadanya melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

DSC_0040“Tiga wanita China tidak mempunyai dokumen yang sah dan ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta imigresen Malaysia 1959/63, manakala tujuh wanita Vietnam pula ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen Malaysia 1963 kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Selangor cawangan Shah Alam,” katanya dalam kenyataan media.

Azfarizal berkata, pemeriksaan di premis pertama juga mendapati walaupun mempunyai lesen perniagaan yang sah, tetapi melanggar syarat sekatan lesen MPSJ dengan menggajikan pekerja wanita warga asing tanpa permit dan menjalankan aktiviti haram di dalam premis.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati pengusaha premis menawarkan urutan ‘ping pong’ kepada pelanggan yang menginginkn perkhidmatan berkenaan.

DSC_0045“Tindakan sitaan tiga set peralatan urut dan penutupan premis dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil 13(K) Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 iaitu melanggar syarat sekatan lesen MPSJ dan pengusaha premis akan dikenakan denda maksimum RM1,000.

“Tindakan juga dikenakan ke atas premis kedua yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dan menggajikan pekerja wanita warga asing serta pengusaha premis menawarkan khidmat urutan ‘B2B’ dan pelacuran. Terdapat beberapan kondom yang masih belum digunakan disorok di dalam periuk nasi di bahagian dapur premis itu,” katanya.

Azfarizal berkata, MPSJ juga menyita tiga set peralatan urut dan menutup premis itu serta dikenakan tindakan sama seperti premis pertama.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya memohon lesen perniagaan daripada majlis sebelum menjalankn peniagaan kerana ia penting supaya pengusaha mengetahui dasar dan peraturan ditetapkan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.