Categories
SELANGOR

Konvo UPM: Isteri hiba terima Ijazah Ph.D Allahyarham suami

Oleh: AFIX REDZUAN

SERDANG, 1 NOV: Suasana hiba menyelubungi Norasmat Hassan yang hadir ke Majlis Konvokesyen Ke-38 Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) mewakili Allahyarham suami tercinta, Hazril Azmin Saari.

Ijazah PhD Pendidikan Teknik dan Vokasional yang diterima Allahyarham Hazril Azmin disampaikan sendiri oleh Canselor UPM, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Norasmat.

dsc7777Beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Datuk Bendahara Jasin, Melaka hadir bersama dua anak dan keluarga mengakui ini merupakan cita-cita Allahyarham yang ingin bergelar seorang professor.

“Sebenarnya saya sedih tapi bersyukur apabila hasrat dia tercapai.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga UPM yang terlibat,” katanya kepada Selangor Kini.

Allahyarham Hazril Azmin meninggal dunia 1 Jun lalu akibat kanser tisu lembut pada tulang.

DSC_7650Sementara itu, Dr Low Mei Lee menempa sejarah menjadi graduan sulong program Ijazah PhD berkembar UPM dengan University Pierre dan Marie Curie, Paris, Perancis.

Graduan berusia 26 tahun ini nyata gembira dengan pencapaian beliau dan berharap menjadi ikutan kepada pelajar lain.

“Saya rasa amat bertuah sekali menjadi graduan sulong untuk program sedemikian.

“Ini merupakan program yang baik untuk pelajar menimba ilmu di kedua-dua universiti ini,” katanya.

Beliau yang menyukai bidang penyelidikan kimia sintesis sebagai agen antibekteria dan antikanser melanjutkan pelajaran selama dua tahun di UPM dan Perancis.

Kejayaan Mei Lee ini turut mendapat perhatian Sultan Sharafuddin yang menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau dalam titah Baginda.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.