Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor : MB berbahasa baku, berbaju Melayu biru

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV: Beberapa elemen segar dapat dilihat ketika Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membentangkan Belanjawan Selangor 2015 dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Mohamed Azmin yang tampil berbaju Melayu serba biru menggunakan 80 peratus Bahasa Melayu baku ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli” itu.

belanjawan (1)Mohamed Azmin juga kelihatan tenang dan lancar membentangkan belanjawan dibantu ‘tele promter’.

Dalam belanjawan hari ini juga, Mohamed Azmin turut menyebut beberapa nama besar pakar ekonomi antarabangsa ketika membentangkan belanjawan dengan memberi contoh dan analisis padat daripada tokoh terbabit.

Antaranya, Thomas Piketty yang digelar hero baru ekonomi dunia berasal dari Perancis yang banyak mengkaji ketidaksamarataan ekonomi dunia dengan data yang lengkap.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan DNS kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum sesi pembentangan belanjawan berlangsung.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.