Categories
SELANGOR

MB : Isu Bible sudah selesai dengan cukup baik

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan isu pemulangan kitab bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini tidak perlu dibangkitkan kerana sudah selesai sepenuhnya.

Beliau berkata, isu itu juga diselesaikan dengan cara baik selepas berlanjutan selama hampir setahun.

IMG-20141114-WA0029“Isu ini sudah selesai dengan cukup baik, sudahlah,” katanya ringkas selepas merasmikan program Bantuan Anak Masuk Sekolah di pasaraya Econsave KL Festival City, di sini, hari ini.

Semua 351 Bible mengandungi perkataan Allah yang dirampas awal tahun ini dipulangkan semula kepada Pesatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) di hadapan Sultan Selangor, baru-baru ini.

Pemulangan semula Bible itu dibuat ketika kunjungan hormat Pengerusi ACS, Most Reved Archbishop Datuk Bolly Lapok ke atas Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Alam Shah, Klang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.