Categories
SELANGOR

MB: Kerja baik pulih bumbung pangsapuri rosak dipukul ribut dilaksanakan segera

SHAH ALAM, 10 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berharap penduduk Pangsapuri Taman Permai Indah di Pandamaran, Klang bersabar dan memahami proses membaikpulih bumbung rosak mengambil masa kerana melibatkan skop kerja yang besar.

Katanya, dakwaan kononnya Kerajaan Negeri mengamalkan diskriminasi menyalurkan bantuan membaiki bumbung rosak dalam kejadian ribut pada 21 Oktober lalu adalah tidak benar.

RibutKatanya, Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan bencana sebanyak RM880,000 bagi kerja membaik pulih bumbung rumah penduduk terlibat sehari selepas kejadian berlaku.

“Skop kerja membaikipulih itu cukup besar dan ian memerlukan beberapa jabatan teknikal untuk meneliti kesesuaian kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita seusai Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata pihaknya cakna akan keperluan mendesak itu kerana kerja baik pulih itu melibatkan dua fasa iaitu penukaran tangki air dan bumbung.

“Cuma sebelum kita selesaikan masalah bumbung, mereka ada masalah lain iaitu tangki air yang juga perlu diganti.

“Kita tidak mahu apabila bumbung dibaiki, ia dibuka kembali untuk membaiki tangki air.

“Tangki air itu juga ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri yang berjumlah hampir RM400,000. Jadi kita kena ganti tangki air dan baru tukar bumbung,” jelas Mohamed Azmin lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.