Categories
SELANGOR

MB: Rizab tahap munasabah penting, mampu tampung perbelanjaan setahun

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukti Antarabangsa) berkata kewujudan rizab tunai pada suatu tahap yang munasabah adalah penting yang mampu menampung perbelanjaan negeri untuk tempoh setahun.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak berhasrat menetapkan sebarang sasaran rizab yang perlu dicapai.

dun14“Kemunasabahan ini penting untuk perkara-perkara di luar jangka juga keadaan lain seperti kelembapan ekonomi.

“Seperti Jepun ketika ini mengalami kelembapan ekonomi, Selangor perlu ambi langkah berjaga-jaga dalam berbelanja.

“Kita tidak mahu rakyat terkesan akibat keadaan seperti kemelesetan ekonomi,” katanya dalam sesi penggulungan di sesi Dewan Negeri.

Sebelum ini, sewaktu sesi perbahasan, R. Rajiv  (DAP- Bukit Gasing) bertanya sama ada Kerajaan Negeri menetapkan satu sasaran dalam rizab negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.