Categories
SELANGOR

MB: “80% waktu saya turun ke bawah fahami masalah rakyat”

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, senang bekerja di lapangan mendampingi rakyat seluruh Selangor bagi mendapatkan maklum balas dan memahami segala masalah dihadapi mereka.

Sejak dilantik ke jawatan itu lebih sebulan lalu, sebahagian besar masa dihabiskan dengan lawatan kerja turun padang ke merata kawasan di Selangor.

_MG_4166Mohamed Azmin berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah demi memastikan kebajikan rakyat di Selangor terbela.

Secara berseloroh, katanya, beliau terasa lebih muda dan bertenaga untuk menabur bakti kepada rakyat.

“Saya umur 50 tetapi nampak 25 tahun sebab diberi amanah untuk bekerja. Bukan untuk duduk di tingkat 21 (pejabat Menteri Besar).

lensa jamuan makan“Ya, ada masa saya duduk di situ tetapi 80 peratus dari waktu saya turun ke bawah untuk fahami masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega : “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014, di sini, semalam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.